Pesanan khusus Paus kepada Neocatechumenal Way
March 26, 2012 at 22:40 PM
VATIKAN (Herald Malaysia): Pada Jan 20, Paus Benediktus XVI menawarkan “teologi liturgi yang sah dan berguna untuk seluruh Gereja,” kepada para ahli Neocatechumenal Way.
Paus Benediktus menegaskan bahawa “nilai-nilai misionari dan komitmen penginjilan tidak boleh dipisahkan daripada hidup Gereja,” lapor akhbar L’Osservatore Romano.
Sangti Papa juga memuji karya-karya misionari Neocatechumenal Way dan menggalakkan mereka untuk terus menjadi pengikut Yesus yang setia.
Paus juga mengingatkan kepada para ahli Neocatechumenal Way untuk mempunyai hubungan akrab dengan Takhta Suci dan Paderi-paderi di Paroki mereka. Mengenai amalan unik liturgi Neocatechumenal Way, Paus menyetujui perayaan yang bukan hanya menumpukan liturgi, “Tetapi sebagai sebahagian daripada program pertumbuhan dalam iman.”
L’Osservatore Romano melaporkan, Paus mengingatkan bahawa perayaan-perayaan liturgi harus menurut bentuk yang diluluskan oleh Gereja sejagat.
Dengan tegas, Paus menekankan, "perayaan liturgi Neocatchumenal Way harus tidak melanggar Sensus Ecclesiae dan sejajar dengan Corpus Ecclesiae. -- Catholic resources